CHENDEROH: Sebanyak sembilan buah rumah asnaf di sekitar Parlimen Padang Rengas mendapat pendawaian elektrik baru sempena program Permukiman Menteri Besar di Daerah Kuala Kangsar yang bermula Selasa.

Pendawaian semula itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, kos pendawaian semula setiap rumah kira-kira RM1,500.

“Selain itu, pihak TNB turut memberi sumbangan barangan makanan kepada golongan asnaf berkenaan,” katanya kepada Suara Perak pada Selasa.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderoh, Datuk Zainun Mat Nor dan ADUN Lubuk Merbau, Datuk Siti Salmah Mat Jusak.

Sembilan penerima berkenaan ialah Ramlah Mohamed (Kampung Bendang Selinsing); Saaya Ahmad (Kampung Jarau); Abdul Rahim Tajul Ejlan(Kampung Seberang Karai); Abdul Jalil Anjang Mat Hussin (Kampung Ngok).Baharudin Hussin (Kampung Buaia);Syed Suberi Daud (Kampung Stesyen);Rabaayah Abdul Kadir (Kampung Stor);Salmah Ali (Kg Kroh Hulu) dan Robiah  Hassan (Kampung Laneh).