KUALA LUMPUR: Semua guru akan kembali ke sekolah apabila sekolah dibuka semula 24 Jun depan.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata guru akan berada di sekolah bagi membolehkan kaedah pengajaran dan pembelajaran (PnP) dipelbagaikan.

“Kaedah pengajaran akan lebih meluas apabila guru dapat kembali ke sekolah.

“Kalau perlu buat cetakan, ia boleh diedarkan kepada ibu bapa (bagi murid yang masih mengikuti pengajian dari rumah),” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.