ANKARA : Semua 167 penumpang dan sembilan anak kapal sebuah pesawat penumpang Ukraine yang terhempas berhampiran ibu kota Tehran pada awal pagi Rabu telah disahkan terkorban, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan seorang pegawai.

Pesawat jenis Boeing 737 milik sebuah syarikat penerbangan Ukraine itu terhempas berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini sejurus selepas berlepas, kata Pir Hossein Kolivand, pegawai kecemasan Iran.

Pesawat itu dalam perjalanan ke Kiev. – BERNAMA