Kuala Lumpur: Seorang Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dipercayai terbabit dalam penyelewengan projek membangunkan perisian untuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan SPRM sebentar tadi, pihaknya menerima laporan mengenai pembabitan individu itu daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mendapat satu aduan daripada orang awam.

Jurucakapnya berkata, SPRM akan meneliti laporan yang sudah diperoleh sebelum membuka kertas siasatan terhadap dakwaan itu.

“Individu berkenaan akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

“SPRM juga akan bekerjasama dengan SKMM bagi mendapatkan maklumat berhubung dakwaan itu, ” katanya.

-myMetro