KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan menetapkan tarikh pembukaan semula sesi persekolahan bagi kelas peperiksaan awam adalah pada 24 Jun ini.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Jidin, berkata sesi persekolahan itu membabitkan murid kelas peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaan antarabangsa yang setara.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira andaian dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).