IPOH: Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima Dewan Negeri Yang ke-13 Perak Darul Ridzuan bagi pembentangan Bajet 2018 akan berlangsung mulai 21 November depan.

Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Datuk S. Thangeswary berkata, hanya satu Rang Undang-Undang (RUU) iaitu RUU Perbekalan 2018 akan dibentangkan pada persidangan itu, yang terakhir tahun ini.

b7236cfe-3734-4f9c-90e7-61dddbcd7c77  2938ecf3-5e8b-439b-b99f-4bf33b3dae23

Menurut beliau, persidangan dijangka mengambil masa lima atau enam hari dan semua ahli dewan akan diberi peluang untuk berbahas.

“Selain itu, seperti biasa akan diadakan juga sesi soal jawab,” katanya dalam sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha DUN Perak, Shahrul Azam Shaari.

Thangeswary menasihatkan semua pihak supaya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan persidangan berjalan dengan lancar.