GEORGE TOWN – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sehingga Jun lalu telah menyekat 1,485 laman sesawang mengandungi unsur lucah, jelik dan palsu termasuk perniagaan dan judi atas talian.

Ketua Pegawai Keselamatan Rangkaian dan Penguatkuasaannya, Zulkarnain Mohd. Yasin berkata, SKMM akan menangani masalah berkenaan secara menyeluruh menerusi jalinan dengan agensi kerajaan yang lain.

“Kerjasama berkenaan merangkumi isu berkaitan jenayah siber serta operasi dan setiap pesalah akan dikenakan tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Memperkasakan Hak Pengguna Di Era Digital di sini hari ini. – K! ONLINE⁠⁠⁠⁠