BATU KURAU: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mula mengedarkan bantuan untuk membantu membantu rakyat yang berinspirasi menjadi usahawan, di bawah program Bizgrant dengan peruntukan RM10 juta.

Di bawah program itu, mereka yang layak, diberi bantuan barangan dan perkakasan yang sesuai dengan bidang perniagaan mereka, bernilai RM3,000.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, setakat ini seramai 500 usahawan telah menerima bantuan Bizgrant berjumlah RM1.5 juta.


“Alhamdulillah, daripada tinjauan yang kita lakukan, mereka benar-benar bersemangat kerana ini akan memberikan mereka sesuatu yang boleh digunakan baik dalam perniagaan.

“Alhamdulillah, saya minta kesemuanya bersyukur kerana ini membuktikan bahawa kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan yang benar-benar bertanggungjawab, bukan hanya memberi tetapi juga menentukan bahawa ekonominya baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan itu di Sempeneh Riverfront dekat sini, hari ini.

Seramai 200 orang menerima Bizgrant di Batu Kurau, yang merupakan kumpulan kedua selepas 300 penerima di Sabah minggu lalu.

Setakat ini, lebih 10,000 pertanyaan diterima dari seluruh negara mengenai program Bizgrant dan mereka yang berminat, boleh melayari laman sesawang SSM.

BERITA BERKENAAN : Pencalonan Aziz Bari Satu Penghinaan Buat Melayu, Bermulut Celupar dan Kurang Ajar

1/2