LONDON: Saintis terkenal Britain, Stephen Hawking meninggal dunia pada usia 76 tahun, kata jurucakap keluarganya pada Rabu.

“Kami amat berdukacita mengenai bapa kesayangan kami meninggal dunia hari ini,” kata anak Hawking iaitu Lucy, Robert, dan Tim dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi berita Press Association di Britain.

“Beliau merupakan seorang saintis yang hebat dan seorang lelaki luar biasa di mana kerja dan legasinya yang akan terus hidup selama bertahun-tahun.”

Hawking menghidapi penyakit saraf ALS sejak berusia 22 tahun terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda dan bertutur menggunakan bantuan sebuah komputer dan alat sintesis suara – MSTAR