KUALA LUMPUR: Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017 akan diumumkan pada 6 Mac ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia, dalam satu kenyataan hari ini, berkata seramai 43, 042 calon yang menduduki peperiksaan terbabit tahun lalu boleh menyemak keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing.
“Keputusan akan keluar pada hari berkenaan bermula jam 12 tengah hari manakala bagi calon persendirian, individu akan memperoleh keputusan melalui pos,” katanya.

Di samping itu, calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip ‘STPM RESULT’ jarak ‘no kad pengenalan’ dan hantarkan kepada 15888.

Selain itu, semakan secara dalam talian boleh dilakukan dengan melayari pautan sesawang rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia http://www.mpm.edu.my.

Peperiksaan STPM 2017 diduduki seramai 43, 042 calon termasuk 99.19 peratus calon sekolah kerajaan; 0.47 peratus calon sekolah swasta; 0.32 peratus calon persendirian dan 0.02 calon sekolah kerajaan negeri – berita harian