IPOH: Sepasang suami isteri dipercayai pengedar diberkas selepas polis menemukan dadah kira-kira RM110,000 di dalam sebuah kereta di kawasan rumah mereka di Buntong, di sini pada Khamis.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Goh Boon Keng berkata, heroin seberat kira-kira 6.2 kilogram dan Methamphetamine (549 gram) itu ditemui di dalam but kereta jenis BMW.

‚ÄúPolis seterusnya menyita kereta BMW berkenaan, seutas rantai leher, tiga bentuk cincin, tiga pasang subang telinga dan juga wang tunai RM2,100,” katanya pada sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini pada Isnin.

Menurut beliau, suspek lelaki direman selama enam hari sehingga Rabu manakala isterinya direman sehingga Isnin.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati mandatori.