IPOH – Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak menafikan menghantar makluman pengurniaan darjah kebesaran dan pingat Negeri Perak sempena Hari Keputeraan ke-63 Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang sedang tular ketika ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim menegaskan bahawa surat tersebut adalah palsu dan menafikan
sepenuhnya kandungan surat itu.

Sehubungan itu, katanya, satu laporan polis telah dibuat dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

“Surat palsu tersebut kononnya dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Perak menggunakan nama Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Perak.

“Ia memaklumkan bahawa penerima surat itu dikurniakan Darjah Kebesaran Negeri Perak yang membawa gelaran Dato’ bersempena Sambutan Ulangtahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ahmad Suaidi, surat itu memaklumkan bahawa sambutan Hari Keputeraan tersebut akan dikatakan akan diadakan pada 25 September ini di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Sehubungan itu, beliau menyeru individu yang telah menerima surat berkenaan agar dapat tampil membuat laporan polis