PETALING JAYA: Sultan Ismail Petra Sultan Yahya Petra mangkat pada jam 8.11 pagi tadi di Wad Diraja Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu.

Menurut laman Facebook Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan Al-Muhammadi, jenazah Sultan Ismail akan dibawa ke Istana Balai Besar untuk istiadat penghormatan kali terakhir dan istiadat pemakaman dijangka dilangsungkan selepas solat asar hari ini di Makam Diraja Langgar, Kota Bharu.

Sultan Ismail Petra merupakan ayahanda Sultan Kelantan Sultan Muhammad V Sultan Ismail Petra dan menjadi Sultan Kelantan ke-28 dari 30 Mac 1979 hingga 13 Sept 2010.

Pengumuman rasmi berhubung kemangkatan Sultan Ismail Petra dijangka dibuat dalam masa terdekat.