Subscribe Now

Trending News

Sultan Johor kunjungi rumah Siew Kiong
Nasional

Sultan Johor kunjungi rumah Siew Kiong

JOHOR BAHRU 16 Feb. – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengunjungi

rumah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor Datuk Tee Siew Kiong sempena Tahun Baru Cina di Setia Tropika di sini sebentar tadi.

Turut berangkat sama, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, anakanda baginda, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar dan menantu Dennis Muhammad Abdullah.

Ketibaan Sultan Ibrahim dan keluarga diraja itu disambut Siew Kiong yang juga Timbalan Pengerusi MCA Johor, dan isteri, Datin Lee Choon Guek.

Ketibaan keluarga diraja itu disambut dengan tarian singa dan diiringi paluan gendang sebelum baginda berkenan bergambar kenangan bersama-sama keluarga Siew Kiong.

Sultan Ibrahim kemudian berkenan menulis seni kaligrafi di atas kertas sambil diperhatikan keluarga Diraja Johor sebelum bersantap dengan keluarga Siew Kiong. – ONLINE UTUSAN

Related posts