IPOH: : Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyertai lebih 1,500 jemaah untuk menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Idris Shah II, Jalan Panglima Bukit Gantang.

Turut berangkat, Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris.

Ketibaan baginda sekitar 8.30 pagi disambut Menteri Besar YAB Ahmad Faizal Azumu dan diiringi barisan Exco Negeri Perak.

Antara yang turut serta dalam solat sunat itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Gazali Jalal dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Solat sunat Aidiladha yang berlangsung hampir dua jam itu diimamkan Imam Besar Masjid Negeri Perak, Abd Farid Salleh.

Baginda kemudiannya berkenan meluangkan masa untuk beramah mesra dan meluangkan masa bersamalan dengan para jemaah sebelum berangkat ke Istana Cempaka Sari bagi menghadiri Majlis Jamuan Aidiladha.