RAWANG: Seorang suspek pecah rumah ditembak mati polis, manakala dua lagi sempat melarikan diri di Taman Templer dekat sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi, suspek dikatakan cuba menyerang polis menggunakan parang.

Sumber polis berkata, suspek yang ditembak mati dipercayai warga asing.

“Hasil maklumat mengenai cubaan pecah rumah, pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak bergegas ke lokasi.

“Kami mengesan seorang daripada suspek di kawasan parit dekat Taman Templer. Ketika cuba menahan suspek, lelaki itu cuba menyerang polis menggunakan parang sebelum tembakan terpaksa dilepaskan,” katanya – berita harian