IPOH : Walaupun negara ketika ini sedang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19, namun ia tidak menghalang orang ramai untuk melaksanakan tugas murni sebagai penderma darah.

Ini kerana Tabung Darah Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini memerlukan bantuan orang ramai untuk menderma darah bagi mengekalkan bekalan simpanan darah di hospital untuk membantu pesakit yang memerlukan.

Untuk makluman, Unit Tabung Darah HRPB terletak di bangunan berbeza dan jauh daripada bangunan utama hospital.

Bagaimana pun, sebagai langkah berjaga-jaga seseorang penderma hendaklah membuat pertimbangan bahawa dirinya adalah benar-benar sihat bagi mengelak sebarang risiko.

Untuk itu, penderma tidaklah mengalami batuk, selsema, sakit tekak atau demam selain tidak pergi ke luar negara dalam tempoh sebulan.

Selain itu, mereka juga hendaklah memdapat tidur mencukupi lebih dari lima jam agar benar-benar cergas untuk menderma.

Bagi tempoh PKP ini juga, Unit Tabung Darah HRPB akan membuka kaunter derma darah di premisnyan pada 21 dan 22 Mac serta 28 dan 29 Mac bermula pukul 10 pagi hingga 4 petang.

Dalam pada itu, orang ramai juga boleh mengisi boring pada capaian ini untuk memeriksa risiko jangkitan Covid-19 iaitu https://www.doctoroncall.com.my/coronavirus/how-to-find-out-if-i-have-coronavirus-online-test.

Bagi sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi pihak Unit Tabung Darah HRPB di talian 05-208 5245.