Lelaki tembak monyet ditahan
DUA beranak ditahan di rumah di Taman Kenangan, Sitiawan, Perak, malam tadi berhubung kes tembak monyet yang tular di media sosial, baru-baru ini. Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Bukit Aman Datuk Asmawati Ahmad berkata, sepasukan anggota polis…
Kerani ugut tumbuk Mufti Perlis didakwa
KANGAR: Seorang kerani sebuah kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Y. Kumaresan, 36, dari Gelugor, Pulau Pinang didakwa menakutkan secara jenayah terhadap Mohd Asri dengan niat untuk menyebabkan…
76 pekerja lombong bijih timah warga Bangladesh ditahan
IPOH – Sebuah tapak perlombongan bijih timah di Pengkalan Hulu diserbu Jabatan Imigresen Perak selepas dipercayai menggaji pekerja asing tanpa permit. Operasi yang dijalankan selama empat jam bermula 12 malam, Selasa lepas, turut memeriksa sebuah kuarters guru dan dua lot banglo yang dijadikan penempatan pekerja…
Hina Nabi: Warga emas mengaku tidak bersalah
KUALA LUMPUR – Seorang warga emas yang bertindak biadab serta kurang ajar menghina Nabi Muhammad S.A.W dan isteri baginda, Saidatina Aisyah melalui laman Facebook pada 17 Februari lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini. Tertuduh, Wai Foo Sing, 68, bagaimanapun mengaku tidak bersalah…
Individu ada tatu atau lambang kongsi gelap boleh ditahan
KUALA LUMPUR – Mana-mana individu yang mempunyai tatu atau lambang kumpulan kongsi gelap yang diwartakan haram adalah salah dan boleh ditahan, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap Bukit Aman Datuk Rohaimi Md Isa. Rohaimi berkata, sebanyak 72 kumpulan kongsi gelap…
Warga Emas Biadab Hina Nabi Muhammad Ditahan
TEMERLOH – Seorang warga emas ditahan selepas berlaku biadab dengan memuat naik status menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri, Saidatina Aisyah di laman sosial Facebook. Status yang tular sejak beberapa hari lalu itu menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh negara sehingga banyak laporan polis dibuat…
Pemandu teksi mabuk antara 10 ditahan
BATU GAJAH – Pemandu teksi yang memandu dalam keadaan mabuk antara 10 individu ditahan sempena Op Selamat Tahun Baru Cina dijalankan di tiga lokasi di daerah Batu Gajah, semalam. Lelaki berusia 47 tahun yang menaiki kereta jenis Proton Saga Iswara itu ditahan ketika pemeriksaan dilakukan…
Laporan: Anak menteri ditahan positif ganja
Seorang anak menteri dilaporkan ditahan polis tengah malam tadi selepas didakwa positif ganja. Menurut Sinar Harian, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang pada pukul 12.30 tengah malam tadi. Menurut laporan itu, pemeriksaan dibuat terhadap 101 individu…
Dua pelajar Tingkatan Empat ditahan polis
BOTA – Dua pelajar Tingkatan Empat ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam dua kes berasingan melibatkan curi motosikal di salah sebuah masjid serta pecah masuk sebuah rumah. Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superitendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, kedua-dua suspek berusia 16 tahun itu ditahan pada…
Dua nelayan Myanmar guna bubu naga ditahan
LUMUT 28 Dis. – Jabatan Perikanan daerah ini menahan dua nelayan warga asing kerana menangkap ikan menggunakan bubu naga di Pantai Sungai Belukang, Rungkup dekat sini hari ini. Ketua Pangkalan Perlindungan Sumber Jabatan Perikanan Malaysia Lumut, Mansor Yobe berkata, hasil daripada aduan yang diterima pada…
Stay connected