93.3 peratus aduan jalan berlubang di Perak berjaya diselesaikan
IPOH, 29 DIS – Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak berjaya menyelesaikan 685 atau 93.3 peratus aduan jalan berlubang di Jalan Persekutuan dan Negeri di seluruh negeri itu. Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, JKR menerima 705 aduan sejak Januari lalu dan baki 20 aduan…
UMNO tawar kerajaan baharu, konsep dan lanskap politik baharu – Saarani
IPOH, 29 DIS : UMNO Perak menawarkan kerajaan baharu dengan konsep dan lanskap politik yang baharu, untuk memenuhi cita rasa orang muda agar mereka terus yakin dengan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini. Menurut Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad, ia juga diharap dapat meyakinkan generasi…
Pelantikan Abdul Manaf bukan imbuhan bawa usul percaya
IPOH, 28 DIS : Pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baharu, Datuk Abdul Manaf Hashim sebagai Penasihat Khas Menteri Besar Perak bertaraf Exco bukanlah sebagai imbuhan kerana membawa usul percaya yang menyebabkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hilang jawatan Menteri Besar. Sebaliknya, pelantikan itu…
Perak tanam 10 juta pokok sejak 2010
IPOH, 28 DIS : Perak telah menanam lebih 10 juta pokok di seluruh negeri itu sejak kempen penanaman 26 juta pokok berlangsung mulai tahun 2010. Bagi tahun ini sahaja, lebih 1.2 juta pokok telah berjaya ditanam di Hutan Simpanan Kekal Negeri Perak. Menteri Besar, Datuk…
Pas perlu perjelas hala tuju supaya tidak tercicir – Saarani
IPOH, 28 DIS – Pas perlu memaklumkan hala tuju mereka dengan jelas sama ada memilih Muafakat Nasional (MN) atau Perikatan Nasional (PN) supaya mereka tidak tercicir seperti yang pernah berlaku ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, September lalu. Di samping itu, ia bagi memudahkan Pengarah…
Lebih 1,700 Usahawan terima manfaat inisiatif PPPNP
IPOH, 24 DIS – Lebih 1,700 usahawan serta komuniti telah mendapat manfaat daripada inisiatif yang dilaksanakan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) berjumlah hampir RM 3 juta sepanjang tahun ini. Dalam masa sama, PPPNP akan menambah baik beberapa program khusus, antaranya pertanian bandar; pertanian luar…
Keuntungan bersih PPPNP meningkat kepada RM20.3 juta hingga Oktober tahun ini
IPOH, 24 DIS – Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP), sebuah anak syarikat kerajaan negeri Perak mencatatkan keuntungan bersih RM20.3 juta sehingga Oktober tahun ini, berbanding RM9.5 juta tempoh yang sama tahun lalu. Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, bagi tempoh itu, PPPNP mencatatkan pendapatan…
Saarani umum portfolio Exco kerajaan negeri Perak
IPOH, 23 DIS: Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad mengumumkan senarai portfolio baharu Exco kerajaan negeri yang menyaksikan perubahan besar, termasuk dua exco daripada Pas. Beliau sendiri memegang portfolio Agama Islam, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi dan Syarikat Bukan Kerajaan (GLC). Saarani menjelaskan,…
Sumber mineral kekal hak negeri Perak
IPOH, 19 DIS – Kerajaan negeri Perak tidak akan sewenang-wenangnya memberikan hak mutlak kepada kerajaan Persekutuan berkaitan sumber mineral menerusi penubuhan Majlis Mineral Negara (MMN). Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, sebarang rundingan yang dibuat sebelum ini akan diteruskan, namun ia perlu dipastikan memberi…
Guna perutukan RM200,000 sebaik mungkin – Menteri Besar
IPOH, 18 DIS – Perak berharap kesemua 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dapat membelanjakan peruntukan RM200,000 yang diluluskan kepada mereka dengan sebaik mungkin. Walaupun ia mungkin tidak mencukupi, kerajaan negeri berharap ia dapat memberi manfaat kepada rakyat di kawasan masing-masing. Menteri Besar, Datuk Saarani…
Stay connected