Sebar nama 121 Ahli Parlimen, Anwar Ibrahim dipanggil ke Bukit Aman
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memanggil Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membantu siasatan berhubung penyebaran senarai nama 121 Ahli Parlimen yang didakwa menyokong beliau sebagai perdana menteri. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Huzir Mohamed dalam kenyataan memaklumkan pihaknya telah menerima 113 laporan polis…
Agong tangguhkan sesi menghadap untuk Guan Eng dan Mohamad Sabu
KUALA LUMPUR: Sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah oleh dua pemimpin Pakatan Harapan (PH) ditangguhkan. Dalam satu kenyataan bersama, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dijadualkan menghadap hari ini manakala Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu, pada 21 Oktober…
PAS ajak UMNO kembali hayati iltizam Muafakat Nasional
KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengajak Ahli Parlimen daripada UMNO, yang dikatakan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, kembali menghayati hasrat dan iltizam disepakati PAS dan UMNO di bawah kerjasama Muafakat Nasional (MN). Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata MN diwujudkan atas dasar dan matlamat…
‘Anwar tidak hubungi saya’ – Noh Omar
SEPANG: “Saya tidak pernah dihubungi Anwar Ibrahim.” Itu pengakuan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar berhubung dakwaan ada dalam kalangan ahli Parlimen UMNO menyokong Presiden PKR itu untuk membentuk kerajaan baharu. Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata, beliau agak terkejut…
Saya tidak sokong Anwar – Idris
KUALA TERENGGANU: Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh menafikan dakwaan beliau menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentukan kerajaan baharu. Idris dalam masa sama turut mengesahkan tidak pernah membuat sebarang keputusan menyokong Ahli Parlimen Port Dickson itu sebagaimana senarai…
Dakwaan Anwar ada sokongan majoriti, satu lagi gimik politik- Ahmad Faizal
IPOH: Semua Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berpendirian dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kononnya telah mendapat sokongan majoriti di kalangan ahli Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu, sebagai satu lagi gimik politik. Menurut Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad…
Kerajaan dibentuk kelak adalah rencana saya untuk kembalikan mandat rakyat – Anwar
KUALA LUMPUR: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan yang dibentuk kelak adalah rencana beliau untuk mengembalikan mandat rakyat. Beliau berkata, rakyat berhak untuk mendapatkan sebuah kerajaan yang kukuh, stabil dan bukan kerajaan yang mempunyai majoriti tipis di Parlimen. “Pentadbiran baharu ini akan tetap menjunjung…
‘Orang Pas tak naik bas ekspres tidak berhenti di stesennya’ – Abdul Hadi ulas dakwaan Anwar
MARANG: Pas menegaskan parti Islam itu tidak akan sesekali menaiki ‘bas ekspres yang tidak berhenti di stesennya’. Sebaliknya parti itu tetap teguh dengan pendiriannya untuk terus menyokong gabungan Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN). Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kesemua ahli parlimen parti…
Saya tidak tahu menahu tentang ‘Langkah Anwar’ – Nazri Aziz
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan beliau tidak mengetahui tentang usaha Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan. Bekas Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu menjelaskan, kali terakhir beliau bertemu dengan Anwar ialah ketika sidang Dewan Rakyat…
Istana Negara sahkan pertemuan Agong dengan Anwar ditangguhkan
KUALA LUMPUR – Istana Negara mengesahkan bahawa majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang dijadualkan berlangsung semalam telah ditangguhkan. Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, majlis…
Stay connected