IPOH : Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu disahkan negatif Covid-19 setelah menjalani saringan, sebaik pulang dari negeri Sabah pada 20 September lepas.

Melalui kenyataan media Pejabat Menteri Besar pada Isnin, Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memutuskan untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah (self-quarantine) sebagai langkah proaktif, tanpa arahan dari mana-mana pihak.

Ujar kenyataan itu lagi, ia adalah susulan peningkatan kes jangkitan wabak Covid-19 di Sabah sepanjang kempen Plihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini.

Dalam tempoh ini juga Ahmad Faizal tidak menghadiri mana-mana majlis rasmi manakala semua mesyuarat penting berlangsung secara sidang video dari rumah di Kuala Lumpur.