Gua Musang: Baru lima bulan keluar penjara, seorang lelaki sekali lagi ditangkap polis bersama 73 pil kuda di rumahnya di Kesedar Sejahtera, Chin Teck, di sini, 1 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, suspek berusia 21 tahun ditahan jam 4.30 petang.

Katanya, pemeriksaan menemui pil kuda seberat 6.12 gram di dalam beg sandangnya.

“Serbuan dilakukan oleh enam anggota polis selepas mendapat maklumat awam dan risikan.

“Dia kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam sidang media di IPD di sini, tadi.

Menurutnya, suspek baru keluar penjara Machang, Oktober tahun lalu kerana kesalahan sama dan mula aktif semula sejak bulan lalu.

-myMetro