TELUK INTAN- Penambahan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Sinar Intan menjadikan bilangan keseluruhan PDK di negeri ini sebanyak 41 buah.

PDK Sinar Intan yang terletak di Jalan Selat, Teluk Intan mempunyai 30 orang pelatih di samping tenaga pengajar seramai empat orang.

Kunjungan BAIDURI yang diketuai oleh Yang DiPertuanya, Datin Seri Saripah Zulkifli melengkapkan penyempurnaan perasmian PDK baharu ini.

Menurut Saripah, penambahan bilangan PDK ini menunjukkan kejayaan yang dilaksanakan selama ini dalam memperjuangkan nasib anak-anak istimewa di Perak.

“Nampaknya makin bertambah PDK tahun demi tahun, ia adalah hasil usaha semua pihak termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan badan badan NGO yang sering memberikan kerjasama.

WhatsApp Image 2017-04-19 at 14.05.38

“Kami dari BAIDURI berjanji tidak akan lepas pandang untuk menyalurkan bantuan khususnya kepada semua PDK yang terlibat.

“Walaupun anak-anak ini dikategorikan dalam kelainan upaya tetapi ada di antara mereka sudah pun berjaya menawan Gunung Kinabalu dan Gunung Tahan,” katanya semasa merasmikan program perasmian PDK Sinar Intan di sini.

Dalam pada itu, Saripah berkesempatan melihat proses pembuatan mi sayur yang dihasilkan oleh pelatih di samping beramah mesra bersama ibu bapa yang hadir.

WhatsApp Image 2017-04-19 at 14.05.40