IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mempertimbangan cadangan untuk mendakwa mereka yang membuang sampah di tapak pembangunan haram ke mahkamah.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, masalah pembangunan sampah haram itu seolah-olah telah menjadi kebiasaan di kalangan segelintir masyarakat di bandaraya ini.

Menurutnya, selain bau busuk dan mencacatkan pemandangan, tapak pembangunan sampah haram itu turut menjadi faktor peningkatan kes denggi di bandaraya ini.

“Keadaan yang berleluasa ini bukan sahaja mencemari persekitaran, tetapi turut membazirkan wang rakyat yang sepatutnya digunakan bagi program pembangunan di Bandaraya Ipoh.

“Namun MBI tetap membersihkannya kerana keadaan ini mencemari keadaan persekitaran dan boleh menjejaskan kesihatan awam,” katanya kepada media selepas melawat tapak pembuangan sampah haram di Taman Rasi, Mengelembu di sini, hari ini.

Rumaizi berkata, bagi tempoh Januari hingga 31 Mei, MBI telah mengenalpasti 1,672 tapah pembuangan sampah haram iaitu 760 tapah besar dan 912 tapak besar.

Menurutnya, bagi tempoh yang sama, MBI telah menjalankan 9,891 kali pembersihan di tapak-tapak berkenaan dengan jumlah sampah melebihi 12,000 tan.

Beliau memberitahi, bagi tempoh yang sama juga, MBI telah mengeluarkan 219 kompaun dengan nilai lebih RM181,000, berbanding 1,201 kompaun sepanjang tahun lalu dengan nilai lebih RM1 juta.

“Kalau kita rasa kompaun ni dah tak berkesan, mungkin kita terpaksa ambil tindakan ke mahkamah lah untuk mereka ni. Tapi kita akan tengok dulu, kalau dia lakukan perkara itu berulang-ulang kali, jadi kita terpaksa ambil satu tindakan yang tergas,” ujarnya.

Kejadian kes demam denggi di kawasan pentadbiran MBI telah menunjukkan peningkatan sejak awal tahun 2020.

Sehingga 6 Jun lalu, sebanyak 832 kes denggi dilaporkan, peningkatan sebanyak 582 kes atau 232.8 peratus dengan satu kematian berbanding dengan 250 kes dengan tiada kematian bagi tempoh yang sama tahun 2019.