MANJUNG: Majlis Perbandaran Manjung (MPM) mengadakan harga istimewa pakej pelekat tempat letak kereta kepada penduduk daerah ini dengan penjimatan yang ditawarkan antara RM150 – RM320 bagi tempoh enam bulan dan setahun.

Yang Dipertua MPM, Mohamad Fariz Mohamad Hanip berkata, melalui pakej itu, harga yang ditawarkan ialah hanya RM60 untuk enam bulan dan RM100 untuk tempoh setahun berbanding harga biasa RM210 untuk enam bulan dan RM420 bagi setahun.

“Tempoh tawaran pakej pelekat ini dibuka sehingga 3 April 2018 dan tempoh sah laku berdasarkan tarikh pembelian. Bagi yang berminat mereka boleh terus ke Jabatan Penguatkuasaan, Aras 1, Bangunan Blok B, MPM atau menghubungi 05-6898864 untuk maklumat lanjut,” katanya.