PETALING JAYA, 14 JAN – Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dilaporkan sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas disahkan positif Covid-19.

Menurut sumber, Tengku Razaleigh atau Ku Li berada dalam keadaan sihat dan stabil serta tidak mengalami sebarang komplikasi.

Difahamkan, beliau merupakan kontak rapat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Neggiri, Ab. Aziz Yusoff yang telah disahkan positif Covid-19 baru-baru ini.

“Tengku Razaleigh menjalani ujian saringan baru-baru ini dan keputusannya disahkan positif. Beliau kini di PPUM dan berada dalam keadaan stabil.

“Beliau merupakan kontak rapat ADUN Nenggiri, Ab Aziz Yussof yang juga telah disahkan positif baru-baru ini,” katanya.

Baru-baru ini, Kosmo! melaporkan Ab. Aziz bersama Ketua Pemuda UMNO Gua Musang, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani disahkan positif Covid-19. – K! ONLINE