PUTRAJAYA – “Alhamdulillah, terima kasih semua”.

Itu hantaran ringkas dan cukup bermakna dikongsi Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Facebook hari ini.

Hantaran beserta sekeping gambar Tengku Zafrul sedang mengaminkan doa bersama barisan kepimpinan tertinggi Kementerian Kewangan itu menarik perhatian netizen.

Dalam tempoh 45 minit hantaran itu dimuat naik, ia menerima 19,000 tanda suka, 2,100 komen dan dikongsi sebanyak 421 kali.

Rata-rata netizen melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Tengku Zafrul khususnya berkaitan kelonggaran pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Seorang netizen, Maya Sumayyah di ruangan komen memuji keterangan ditunjukkan Tengku Zafrul pada sesi penggulungan Belanjawan 2021.

“Alhamdulillah. Tahniah Tengku Zafrul kekal tenang walaupun dimaki teruk. Saya ‘salute’ sebab betul-betul nampak ketenangan pada Tengku,” katanya.

Sementara itu, Amyra Abas berkata; “Alhamdulillah. Terima kasih Tengku. Menangis saya tengok penggulungan Belanjawan tadi. Moga suri rumah macam kami tak perlu sebarang bukti untuk bagi tahu yang kami memang tengah susah.

Selain itu, Johan Saputra pula berkata; “Terima kasih Menteri Kewangan atas keprihatinan terhadap rakyat.

“Semoga terus menjadi Menteri Kewangan yang jujur dan adil dan berlandaskan syariah Islam. Saya doakan supaya Tengku Zafrul dan sekeluarga diberikan kesihatan dan dilindungi dari wabak Covid-19,” katanya.

Sementara itu, MyFamily BahriYan berkata; ” Terbaik buat kerja bukan kerana politik tetapi demi rakyat

“Tahniah dan syabas. Anda membuatkan rakyat berlapang dada di dalam keresahan dengan bebanan hutang yang sedang ditanggung. Terima kasih,” katanya. – K! ONLINE