KUALA LUMPUR: Pihak yang mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Perak pada Sabtu lalu dinasihati supaya akur dengan keputusan itu.

Pengerusi DAP Kelantan, Datuk Zaid Ibrahim berkata, parti yang kalah tidak perlu menyebarkan tohmahan berlaku undi rasuah pada pilihan raya itu,

Sebaliknya parti kalah disarankan supaya menerima keputusan kalah itu secara terbuka dan ikhlas di samping mencari punca kekalahan itu dan memperbaki kelemahannya.

“Those who lost in Slim and 6 other places need to be humble. Don’t be so haughty to declare it was a vote for corruption. (Mereka yang kalah di Slim dan enam kawasan (PRK) lain perlu merendah diri. Jangan bersifat angkuh dan isytihar ia adalah undi rasuah) katanya dalam akaun Twitter hari ini.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) itu menambah, pihak yang mengambil bahagian dalam pemilihan itu tidak perlu mengejek Apa Malu Bossku dan sebagainya.

Sebaliknya mereka dinasihati supaya menghormati pilihan yang telah diterjemahkan oleh pengundi Slim dalam menentukan wakil rakyat mereka.

“Cuba memahami mendalam mengapa anda ditolak oleh pengundi Slim,” ujarnya. – MalaysiaGazette