GERIK: Hampir sembilan hektar (20 ekar) kawasan hutan di atas bukit berhampiran Perumahan Awam Batu 2, Jalan Gerik – Pengkalan Hulu, dekat sini, terbakar hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kebakaran itu pada 9.30 pagi.

Menurutnya, jarak lokasi kawasan yang terbakar dianggarkan lapan kilometer dari kaki bukit.

“Anggota bomba terpaksa menaiki kenderaan pacuan empat roda sejauh tiga kilometer dan berjalan kaki mendaki bukit sejauh lima kilometer lagi untuk ke lokasi kebakaran kerana kawasan tersebut tidak boleh dimasuki jentera disebabkan jalan yang sempit,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, operasi pemadaman dibahagikan kepada dua kumpulan 10 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Pengkalan Hulu dan Lenggong ang dibantu anggota Rela.

Katanya, komander operasi membuat ‘size up’ dan mengambil maklumat serta mengarahkam anggota membuat ‘fire break’ dan kenal pasti kawasan operasi kebakaran.

Katanya, operasi sedang dijalankan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.