KOTA BHARU: Pakatan Harapan (PH) tiada niat untuk melaga-lagakan dua anak bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sebaliknya Pengerusi PH Kelantan, Husam Musa, menegaskan percaturan mereka meletakkan Nik Omar Nik Abdul Aziz di DUN Chempaka adalah kerana yakin dengan kemampuan anak Tok Guru itu.

Malah, Husam berkata, sekiranya Allahyarham Nik Abdul Aziz masih ada, Tok Guru sudah pasti gembira sekiranya Nik Omar menang di kerusi itu.

“Bukan niat nak plago (melaga-lagakan) adik beradik, tetapi kalau menang Nik Omar, takkan la arwah bapa mereka tidak tumpang gembira,” kata Husam ketika berucap melancarkan manifesto PH di Tunjong malam tadi.

Pada majlis itu, Husam membentangkan 11 tawaran utama, antaranya melupuskan tunggakan hasil tanah dan cukai pintu perseorangan.

Husam juga berjanji untuk menyelesaikan isu royalti minyak didakwa berjumlah RM1 bilion, yang mana akan memberi Kelantan dana secukupnya untuk membangunkan infrastruktur – awani

BERITA BERKENAANAhli Umno Yang Mengkhianati Parti Akan Dipecat – TPM