IPOH: Keputusan tidak rasmi di Perak menunjukkan calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berjaya mengatasi penyandangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, pada pemilihan parti itu di negeri ini hari ini.

Setakat jam 8.30 malam ini, Rafizi dikatakan berjaya memperoleh 6,785 undi mengatasi Azmin dengan kelebihan 2,511 undi berbanding Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu yang memperoleh 4,274 undi.

Rafizi didapati menang di 19 daripada 24 cabang di Perak manakala Azmin menang di empat cabang, sementara satu cabang iaitu Gopeng menunjukkan kedudukan seri.

Azmin dilaporkan hanya menang di Cabang Beruas, Taiping, Lenggong dan Bukit Gantang.

Rafizi pula dilaporkan menang di Gerik, Tambun, Pasir Salak, Bagan Serai, Larut, Lumut, Parit Buntar, Padang Rengas, Sungai Siput, Ipoh Timur, Ipoh Barat, Batu Gajah, Parit, Kampar, Tapah, Bagan Datuk, Kuala Kangsar, Teluk Intan dan Tanjung Malim.

Seramai 64,324 ahli layak untuk mengundi pada pemilihan parti itu kali ini di negeri ini – berita harian