Subscribe Now

Trending News

Tiga buah bot nelayan Vietnam ceroboh perairan negara
Nasional

Tiga buah bot nelayan Vietnam ceroboh perairan negara

KEMAMAN – Baru kira-kira dua jam menceroboh perairan negara ini semalam, tiga buah bot nelayan Vietnam telah memunggah naik kira-kira 1.5 tan ikan bermutu tinggi daripada pelbagai jenis.

Namun tindakan mereka untuk mengaut sebanyak mungkin sumber laut sebelum beredar berjaya dipatahkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) setelah kehadiran nelayan asing itu berjaya dijejak.

Timbalan Pengarah Daerah 9 Maritim Malaysia Kuala Terengganu,  Komander Maritim,  Simon Templer Lo berkata, ketiga-tiga bot itu ditahan pada jarak 123 batu nautika dari Kuala Terengganu.

“Ketiga-tiga bot ditahan sekitar pukul 12 tengah hari hingga 3 petang, dan hasil pemeriksaan mereka baru tiba beberapa jam dari negara mereka. Mereka ┬ámengibarkan bendera negeri Terengganu dan Jalur Gemilang untuk menyamar sebagai nelayan tempatan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati seramai 47 awak-awak dan tiga tekong berusia 18 hingga 52 itu gagal mengemukakan lesen kebenaran menangkap ikan. Kesemua mereka tiada pengenalan diri,” katanya dalam sidang akhbar di Pengakalan Maritim Kemaman, di sini petang tadi.

Menurutnya, kesemua bot dan nelayan asing itu dibawa masuk ke jeti tersebut untuk siasatan lanjut.

“Kita mendapat perintah tahanan reman selama 14 hari dan kesemua mereka akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Related posts