KUALA LUMPUR: Seramai 20 lagi individu termasuk tiga pegawai Jabatan Imigresen ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini bagi membantu siasatan berhubung sindiket rasuah dalam urusan cap palsu di pintu masuk antarabangsa negara menerusi Op Selat.

Tiga pegawai imigresen yang direman terdiri Timbalan Pengarah Gred 48 yang bertugas di Ibu Pejabat agensi itu di Kuala Lumpur bersama dua lagi anggota.

Sumber memberitahu, kesemua mereka ditahan secara berperingkat selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya kira-kira pukul 9 malam tadi.

“Permohonan reman dibuat pagi ini di Mahkamah Putrajaya bagi siasatan di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE