CHEMOR: Tindakan seorang lelaki yang memiliki sikap sivik yang tinggi wajar diberi pujian dan patut dijadikan contoh kepada netizen serta masyarakat pada hari ini.

Dalam gambar yang dimuatnaik oleh seorang pengguna laman sosial Facebook, kelihatan seorang lelaki memberhentikan kenderaannya dan memungut tin cat kosong yang berada di tengah jalan.

Tindakan lelaki itu wajar dipuji kerana sanggup membahayakan dirinya dengan melintasi persimpangan jalan yang sibuk di kawasan perindustrian Pusat Industri Seramik di sini, untuk memastikan keselesaan pengguna jalan raya yang lain.