KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui kerajaan sedar tindakan sekatan dan penutupan menimbulkan kesulitan dan kesukaran kepada rakyat.

Bagaimanapun, katanya, tindakan sekatan dan penutupan perlu dilaksanakan bagi membendung COVID-19 yang berupaya meragut nyawa rakyat.

Perdana Menteri berkata demikian dalam perutusan khas yang siarkan secara langsung di siaran televisyen dan media sosial, malam ini.