IPOH: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyatakan kesediaan untuk membantu menjayakan program-program yang dirancang oleh pengamal media Perak.

Pengurus Besar TNB Perak, Raja Datuk Abd Jalil Raja Zaid berkata, kesediaan itu merupakan kesinambungan kerjasama bank yang terjalin antara TNB dan pengamal media Perak.

“Selama ini media telah memberi bantuan yang baik khususnya dalam isu yang berkaitan dengan jabatan ini.

“Atas dasar itu, pihak kami terbuka untuk memberikan sokongan kepada agensi media Perak sama ada dari segi peruntukan dana atau tajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Berbuka Puasa TNB Bersama Media Perak di The Haven, di sini hari ini.

iftar-tnb 3

Dalam majlis itu, Raja Abd Jalil mengumumkan sumbangan RM5,000 kepada Persatuan Pengamal Media Perak (PPMP) bagi melaksanakan aktiviti sepanjang tahun ini.

Turut hadir ialah Pengerusi PPMP, Syed Mohd Hesham Syed Idris dan pengamal media dari seluruh negeri.

Antara program terdekat PPMP yang dirancang selepas Aidilfitri adalah pertandingan bowling antara agensi media.

 

iftar-tnb 2