KUALA LUMPUR : Tan Sri Tommy Thomas menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Peguam Negara kepada Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.

Tommy dilantik menyandang jawatan itu pada 4 Jun 2018 bagi tempoh dua tahun dan sepatutnya berakhir Jun depan.

Beliau mengesahkan peletakan jawatan itu ketika dihubungi oleh portal berita Malaysiakini, petang ini.