LONDON: Mason Mount gagal melaksanakan penalti terakhir ketika Tottenham menewaskan Chelsea 5-4 menerusi penentuan penalti untuk mara ke suku akhir Piala Liga selepas seri 1-1 awal pagi tadi.

Gol pertama Timo Werner buat Chelsea meletakkan skuad Frank Lampard berkelebihan berbanding Tottenham yang bermain perlawanan kedua daripada empat saingan dalam tempoh lapan hari.

Namun gol Erik Lamela menyamakan kedudukan buat Spurs tujuh minit sebelum tamat dan penjaga gol baharu Chelsea, Edouard Mendy gagal menyekat Eric Dier, Lamela, Pierre-Emile Hojbjerg, Lucas Moura dan Harry Kane menjaringkan penalti.

Tammy Abraham, Cesar Azpilicueta, Jorginho and Emerson juga menyempurnakan penalti ketika sembilan sepakan awal berjaya dijaringkan.

Namun sepakan Mount gagal menemui gawang untuk menggembirakan Gareth Bale yang boleh cergas bagi aksi lapan pasukan terakhir yang akan berlangsung pada Disember. – AFP

Pemain Chelsea, Mason Mount (kiri) gagal melakukan sepakan penalti yang dikawal penjaga gol Tottenham, Hugo Lloris. - Foto EPA