Kuala Lumpur, 1 Jan : Aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan mulai perlahan berikutan Cuti Tahun Baharu dan orang ramai mengambil kesempatan pulang ke kampung.

Ketua Kecemerlangan Operasi PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata, pergerakan aliran trafik mula perlahan ke arah utara dari Gua Tempurung ke Gopeng dan Slim River ke Sungkai.

Menurutnya, aliran trafik ke selatan pula perlahan dari Putra Mahkota ke Nilai manakala laluna lain masih terkawal.

“Aliran trafik perlahan di kawasan mendaki dan pertukaran laluan dari tiga ke dua laluan iaitu di Slim River,” katanya ketika dihubungi, hari ini. – HARIAN METRO