KUALA KANGSAR: Kesesakan lebuhraya di Terowong Menora yang berlaku sekitar pukul 11 pagi tadi kini telah beransur pulih dan lalu lintas juga telah kembali lancar.
Dalam insiden sekitar 11.30 pagi itu, kemalangan membabitkan dua buah kenderaan jenis Proton Saga dan Proton Saga Aeroback di Kilometer 261.4 telah menyebabkan kesesakan teruk kepada pengguna lalulintas.
Menurut laman Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) laluan lebuhraya PLUS ke arah utara kini telah kembali lancar dan bermula jam 12.12 tengahari tadi.
“Semua laluan telah dibuka dan insiden selesai sepenuhnya,trafik kembali lancar,”dalam satu petikan Twitter LLM sebentar tadi.
Kemalangan itu telah menyebabkan ramai pengguna jalan raya terperangkap di lebuhraya PLUS.