TAPAH: Sebuah treler tangki minyak yang membawa muatan diesel dan petrol dipercayai terbabas lalu terbalik di Kilometer (KM) 320.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata treler itu membawa muatan 11,000 liter diesel dan 14,000 liter petrol.

“Pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.38 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah bergegas ke lokasi.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian mendapati sebuah treler tangki minyak muatan diesel dan petrol terbalik di sisi jalan.

“Didapati ada kebocoran pada tangkit tersebut dan ketika ini proses penyejukan (cooling) sedang berjalan,”katanya dalam kenyataan pada Selasa.