KUALA LUMPUR, 18 DIS : Balu kepada perdana menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein, Tun Rahah Tan Sri Mohamed Noah, dilaporkan baru sahaja meninggal dunia sekitar jam 4.30 petang, Jumaat (18 Disember) di Pusat Perubatan Prince Court di ibu negara.

Khabar duka pemergian Tun Rahah itu antara lain disahkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menerusi ciapan di akaun Twitter rasminya:

Tun Rahah merupakan ibu kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain Najib, Tun Hajah Rahah mempunyai empat lagi anak termasuk bekas Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Mohamed Nazir Razak.

Terdahulu, Tun Hajah Rahah yang dimaklumkan berada dalam keadaan tidak sihat di hospital menerima kunjungan beberapa pemimpin negara.

Dalam perkongsian di Facebook, Najib merafak sembah dan menjunjung kasih atas kunjungan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa dan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.