Oleh: Nazialita Geynna Maharan

BATU KURAU: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Hamzah Zainudin yakin Pakatan Harapan hanya sekadar memperalatkan Tun Mahathir Mohamed untuk kepentingan politik semata-mata.

Hamzah, yang juga merangkap Menteri Perdagangan, Koperasi Dalam Negeri dan Kepenggunaan berkata malah Mahathir turut tidak menyedari bahawa kumpulan itu juga tidak akan membenarkan kuasa pemerintahan jatuh ke tangan beliau.

Hamzah yang merupakan Ahli Parlimen Larut itu juga yakin bahawa mereka akan mengekalkan tampuk kepimpinan kepda pemimpin sedia ada, iaitu Ketua Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

“Dia (Mahathir) tidak sedar orang menggunakan dia dan saya sebenarnya sedih kerana dia sebagai bekas pemimpin besar negara tetapi dikutuk dan dicerca termasuk orang dalam kumpulan yang dia duduk sekarang.

“Saya tengok, Kit Siang duduk sebelah Mahathir tetapi penuh sinis terhadap perasaan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 502 mangsa banjir Parlimen Larut di Arena Batu Kurau di sini ‪pada petang Sabtu‬.

Hamzah dalam pada itu turut berpendapat bahawa pendedahan kekayaan anak-anak Mahathir oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang tular di beberapa laman web dan media sosial tempatan adalah perancangan Kit Siang sendiri.

 

KPDNKK