SHAH ALAM – Tun Dr Mahathir Mohamad memberi gambaran berkemungkinan bertanding pilihan raya umum (PRU) akan datang selepas penyokongnya tidak bersetuju beliau bersara.

Menurut portal Free Malaysia Today, bekas Perdana Menteri itu berkata, hasrat beliau sebelum ini untuk tidak bertanding PRU15 telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokongnya.

“Mereka masih mahu saya kata, mahu bertanding. Memang betul kebanyakan orang yang berusia 95 tahun tak akan berfungsi. Saya bernasib baik kerana masih boleh aktif.

“Tetapi mereka tak fikir yang saya akan merosot bila semakin tua. Mereka lihat saya seperti saya sekarang. Jadi, mereka mahu saya sekurang-kurangnya, tidak kata tak akan bertanding,” ujar Ahli Parlimen Langkawi itu.