IPOH: Ujian saringan kedua yang dijalankan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selepas pulang dari Sabah pada 20 September lalu, turut disahkan negatif COVID-19.

Perkara itu disahkan Pejabat Menteri Besar hari ini.

Pejabat beliau turut mengesahkan Menteri Besar dijadualkan hadir majlis rasmi bermula Selasa di Ipoh selepas menjalani 14 hari kuarantin kendiri.

Katanya, majlis itu ialah perasmian Seminar Intergriti Negeri Perak yang akan diadakan di Casuarina @ Meru.

Pada 28 September lalu, Suara Perak melaporkan walaupun ujian saringan pertama itu negatif, Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memutuskan untuk menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Ia sebagai langkah proaktif tanpa arahan daripada mana-mana pihak, kata kenyataan itu.

Ujar kenyataan itu lagi, langkah berkenaan diambil Ahmad Faizal susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di Sabah sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya, Ahmad Faizal mengambil langkah itu susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 di Sabah sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.