TELUK INTAN: UMNO telah bersiap bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada bila-bila masa.

Pengarah Pilihan Raya UMNO Malaysia, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, pelantikan beliau juga memberi gambaran persediaan parti itu.

“Cuma sekarang nak diperkemaskan lagi aja kesiap siagaannya, nak diperkemaskan, diperkukohkan bagi lebih hebat lagi, itu saja,” katanya.

Beliau ditemui selepas menyampaikan bantuan banjir dan COVID-19 Parlimen Pasir Salak di Dewan Besar Pekan Rabu, Sungai Manik, dekat sini, hari ini.

Pada Sabtu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan PRU-15 akan diadakan selepas pandemik COVID-19 berakhir.

Sehubungan itu, beliau yang juga Presiden Parti Pribumi ­Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan tiada keperluan ­untuk mana-mana pihak berusaha supaya Belanjawan 2021 ditolak agar PRU-15 dapat diadakan.

Mengulas mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Gerik yang akan diadakan 16 Januari depan, Tajuddin berharap BERSATU dan PAS tidak akan bertanding di kawasan tersebut.

Bagaimanapun, setakat ini, belum ada perbincangan rasmi dengan pihak-pihak berkenaan mengenai perkara itu.