TAIPING – Seorang wanita cedera parah akibat terhempas dari ketinggian 80 kaki ketika menyertai latihan payung terjun di Lapangan Terbang Tekkah di sini kelmarin.

Dalam kejadian sekitar jam 9.45 pagi itu, mangsa, Suriati Supar, 40, mengalami patah paha kiri dan pendarahan di bahagian otak.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, mangsa merupakan penuntut Asas Payung Terjun Statik siri 1/2020 dilaporkan masih tidak sedarkan diri.

“Dalam kejadian itu, mangsa membuat penerjunan dan keadaan ketika itu payung mangsa kembang dengan baik.

“Pada ketinggian 500 kaki, mangsa bergerak ke ‘down wind’ telah diarah membuat pusingan persediaan mendarat. Bagaimanapun, pada ketinggian 80 kaki, mangsa membuat pusingan tanpa membetulkan pergerakan payung dan terus terhempas,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang kini dirawat di Hospital Taiping masih tidak sedarkan diri dan tidak menggunakan bantuan pernafasan.

Sebelum itu, kejadian yang sempat dirakam oleh penonton berkenaan tular di media sosial sejak semalam. -SINAR

Wanita cedera parah ketika latihan payung terjunTAIPING – Seorang wanita cedera parah akibat terhempas dari ketinggian 80 kaki ketika menyertai latihan payung terjun di Lapangan Terbang Tekkah di sini kelmarin.Dalam kejadian sekitar jam 9.45 pagi itu, mangsa, Suriati Supar, 40, mengalami patah paha kiri dan pendarahan di bahagian otak.Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, mangsa merupakan penuntut Asas Payung Terjun Statik siri 1/2020 dilaporkan masih tidak sedarkan diri.“Dalam kejadian itu, mangsa membuat penerjunan dan keadaan ketika itu payung mangsa kembang dengan baik.“Pada ketinggian 500 kaki, mangsa bergerak ke ‘down wind’ telah diarah membuat pusingan persediaan mendarat. Bagaimanapun, pada ketinggian 80 kaki, mangsa membuat pusingan tanpa membetulkan pergerakan payung dan terus terhempas,” katanya.Menurutnya, mangsa yang kini dirawat di Hospital Taiping masih tidak sedarkan diri dan tidak menggunakan bantuan pernafasan.Sebelum itu, kejadian yang sempat dirakam oleh penonton berkenaan tular di media sosial sejak semalam.

Posted by Suara Perak on Isnin, 31 Ogos 2020