Taiping – Kegembiraan empat sekeluarga beriadah di kawasan rekreasi air terjun Burmese Pool di sini, bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka dihanyutkan kepala air yang melanda, petang hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.50 petang sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping dikerah untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Mangsa yang juga wanita berusia 45 tahun itu ke lokasi berkenaan bersama seorang lelaki dan dua lagi wanita.

“Mangsa dihanyutkan arus deras namun tiga yang lain dapat menyelamatkan diri.”Sehingga jam 5.30 petang, operasi SAR masih berjalan,” katanya.

Sumber: Harian Metro