IPOH: Seorang lelaki warga enas dikhuatiri hilang ketika menjalani aktiviti mendaki Gunung Korbu, dekat sini petang semalam.

Mangsa, Tee Kong Tiong, 68, dikatakan memulakan aktiviti itu bersama seorang rakan, Ong Siew Hui, 42, pada Jumaat dan bermalam di Kem Seroja pada malam tersebut.

Mereka kemudiannya meneruskan aktiviti keesokan harinya dari kem berkenaan ke puncak Gunung Payung pada ketinggian 2,173 meter.

Mangsa dipercayai hilang di antara puncak Gunung Payong dan puncak Gunung Korbu, pada Ahad petang.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 10.24 malam tadi.

“Mangsa dipercayai hilang di Gunung Korbu pada ketinggian 2,183 meter ketika berpatah balik ke Kem Seroja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi pencarian dimulakan awal pagi ini.