Oleh:Nazialita Geynna Maharan

AYER TAWAR: Seorang warga emas wanita maut manakala empat lagi termasuk tiga kanak-kanak cedera dalam satu kemalangan selepas kenderaan mereka terbabas dan terjunam dalam parti di Kampung Banjar, dekat sini pada pagi Ahad.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar, Penguasa Bomba Sukairi Abd Latif berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian sekitar 9.45 pagi dan segera ke lokasi.

Jelasnya, setibanya di lokasi mereka mendapati sebuah kenderaan jenis Toyota Avanza telah terbabas ke dalam parit dan dua orang mangsa tersepit berikutan insiden itu.

“Tiga lagi mangsa telah dikeluarkan orang awam dan keseluruhan insiden melibatkan seorang perempuan serta dua kanak-kanak, seorang lelaki dan perempuan mengalami kecederaan.

“Mangsa warga emas wanita yang turut berada dalam kemalangan itu disahkan maut oleh pegawai perubatan,”katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Katanya, anggota BBP Ayer Tawar menggunakan alat pemotong khas bagi mengeluarkan mangsa dan menyerahkan mereka kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

Menurut Sukairi, operasi tamat sepenuhnya sekitar jam 11.50 tengahari.